SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI ONLINE ATAU SMS
Kepada pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk semak baki akaun BSN anda boleh dibuat dengan pelbagai kaedah. Antaranya adalah melalui online dan juga melalui SMS. Jika anda mempunyai BSN online banking anda boleh semak baki akaun anda secara online. Kepada anda yang tidak mempunyai atau tidak tahu cara check balance akaun BSN anda boleh guna SMS sahaja.
Untuk pengetahuan anda, jika anda masih belum mempunyai online banking anda boleh lakukan pendaftaran secara online atau atas talian sahaja. Dengan adanya kemudahan online ini dapat memudahkan urusan anda sama ada semak baki, transfer duit, lihat bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) masuk ke akaun bank BSN anda dan banyak lagi.
Di bawah ini kami akan berikan panduan lengkap kepada anda cara untuk daftar BSN online banking dengan mudah dan anda hanya perlu ikuti panduan tersebut satu persatu. Dan kami juga akan berikan panduan bagaimana cara semak baki akaun BSN melalui online atau SMS dan mesin ATM BSN.
Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : SEMAKAN STATUS BKM 2022
ISI KANDUNGAN
SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI ONLINE
Kepada anda yang ingin check baki akaun BSN melalui online, anda mestilah membuat pendaftaran atau register BSN Online Banking dahulu. Online Banking BSN dikenali sebagai myBSN Internet Banking.
PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI ONLINE GUNA myBSN.
- Sila klik Online Banking BSN di pautan ini : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBSN Internet Banking.
- Sila masukkan Username anda.
Username ini dibuat semasa pendaftaran myBSN Internet Banking.
- Klik [Login].
- Klik [Yes] jika Gambar Keselamatan adalah kepunyaan anda.
- Masukkan Password anda.
- Klik [Login].
- Untuk Semak/Check baki akaun BSN bayaran Bantuan Kerajaan Malaysia sila ikuti langkah seterusnya ini.
- Kemudian, jika anda sudah berjaya masuk ke myBSN Internet Banking, sila klik [Account Overview] yang berada di sebelah kiri anda.
- Klik [Savings Account].
- Baki akaun BSN Saya/Anda akan dipaparkan di bahagian Savings Account. Di sini anda boleh lihat berapa baki akaun BSN anda sama ada ada bayaran Bantuan Kerajaan Malaysia sudah masuk atau pun belum dan juga untuk check balance akaun BSN jika ada sesiapa yang masukkan duit di akaun anda.
- Anda juga boleh lihat Transaksi Duit Keluar Masuk di Bahagian History Transaction. Anda boleh lihat jika baki terkini Akaun BSN anda bertambah atau terdapat bayaran yang masuk ke akaun BSN anda.
- Cara Semak/Cek Baki Akaun BSN Melalui Online selesai.
SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI SMS
Sekiranya anda tidak boleh semak/check balance akaun BSN anda melalui online akibat daripada line yang sibuk atau jam, anda boleh cuba check balance akaun BSN melalui SMS. Di bawah ini diberikan Panduan Lengkap Cara Check Baki Akaun BSN Saya melalui SMS.
Untuk makluman anda, sebelum anda check balance account BSN anda menggunakan SMS, anda mestilah aktifkan atau activate terlebih dahulu. Jika anda tidak aktifkan anda tidak boleh gunakan khidmat SMS ini untuk cek baki akaun BSN anda. Caranya mudah sahaja apa yang anda perlu buat adalah seperti yang kami nyatakan di bawah ini.
CARA AKTIFKAN/ACTIVATE BSN SMS
- Anda dikehendaki ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda dan daftarkan Nombor Telefon Bimbit anda yang anda ingin aktifkan BSN SMS ini.
- Selepas itu, UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.
- Kemudiannya, jika pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS di Nombor Telefon yang didaftarkan dimana SMS tersebut yang mengandungi M-PIN serta 2 digit nombor UAC untuk mengaktifkan nombor telefon anda dengan akaun BSN anda.
- Nombor M-PIN ini penting untuk melakukan apa-apa urusan perbankan BSN anda secara SMS.
- Pastikan anda tidak mendedahkan M-PIN anda kepada orang lain.
- Jika anda sudah berjaya aktifkan perkhidmatan BSN SMS, anda sudah boleh teruskan Semak Balance Account BSN anda menggunakan SMS seperti yang dinyatakan di bawah ini.
- Sebelum itu, pastikan anda ingat dan simpan M-PIN anda ini kerana anda akan gunakan M-PIN BSN ini untuk urusan perkhidmatan BSN SMS.
Taip : BAL<jarak>M-PIN dan Hantar ke 36898. Anda akan terima SMS daripada BSN yang menunjukkan jumlah baki akaun BSN anda.
MELALUI ATM
Sekiranya anda tidak dapat guna kedua-dua kaedah semakan balance account BSN di atas, anda juga boleh check balance account BSN anda melalui Mesin ATM. Pastikan anda mempunyai Kad ATM BSN yang dibawa bersama anda ke mesin ATM untuk semakan baki account anda.
CARA CHECK BALANCE ACCOUNT BSN MELALUI ATM
Apa yang anda perlu buat adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke mana-mana Mesin ATM BSN yang berdekatan dengan anda.
- Masukkan Kad ATM BSN anda di mesin tersebut.
- Masukkan Nombor PIN Kad ATM BSN anda.
- Jika berjaya masuk, anda akan dipaparkan beberapa Menu Perkhidmatan ATM.
- Tekan [PERTANYAAN BAKI].
- Baki akaun BSN anda dipaparkan di skrin Mesin ATM.
- Jika terdapat penambahan pada balance account anda, mungkin bayaran bantuan Kerajaan Malaysia sudah masuk ke akaun anda ataupun ada yang masukkan duit ke akaun anda.
- Selesai.