in

PSU PERKESO 5.0 2022 : CARA DAFTAR/PERMOHONAN DAN SEMAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

psu perkeso

PSU PERKESO 5.0 2022 : CARA DAFTAR/PERMOHONAN DAN SEMAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF PSU PERKESO 5.0

Bagi majikan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan, anda layak memohon subsidi upah bagi tahun 2022 melalui PSU 5.0 PERKESO.

PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar di bawah Bajet 2022 menyediakan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat wabak COVID-19.

Untuk makluman tambahan, SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.

Permohonan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 dan masih dibuka sehingga 31 Mac 2022.

Lihat juga: https://semakanmalaysia.com/bantuan-kanak-kanak

APA ITU PSU PERKESO 5.0

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

PSU 1.0 telah mula ditawarkan sejak PKP, mulai 27 Mac 2020 dan tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program ini ditambahbaik dengan penetapan tiada had gaji pekerja pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 (sebelum ini had gaji pekerja RM4,000 dan ke bawah setiap bulan).

Namun begitu, permohonan ini terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.

Majikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memaklumkan kepada pekerja secara bertulis berkenaan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.

SYARAT PSU PERKESO 5.0

Berikut merupakan syarat kelayakan majikan membuat permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar dan faedah yang akan diterima:

  • Majikan dan perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Sebagai contoh, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai sektor dan aktiviti industri yang layak 3 bulan di bawah PSU 5.0.

MAKLUMAN

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan berikut; https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
  • PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang telah dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi PERKESO.
  2. Semua majikan yang layak dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak.
  3. SIP Subsidi Upah Bersasar adalah lanjutan Program Subsidi Upah sebelum ini untuk tempoh bantuan selama 3 bulan kepada sektor pelancongan sahaja.
  4. Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan.
  5. Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  6. Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. aklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0.

SEMAKAN PSU PERKESO 5.0

Berikut merupakan cara membuat semakan status permohonan PSU 5.0 :

  1. Layari web rasmi psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Semakan > Program Subsidi Upah 5.0.
  3. Masukkan nombor rujukan PSU 5.0 dan e-mel yang didaftar semasa permohonan.
  4. Tekan seterusnya untuk membuat semakan status permohonan.

CARA KEMASKINI

Cara kemaskini permohonan PSU 5.0 adalah seperti berikut :

  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Kemaskini > Program Subsidi Upah 5.0.
  3. Masukan Nombor rujukan PSU5.0 dan E-Mel yang didaftar semasa permohonan.
  4. Kemudian tekan seterusnya dan maklumat boleh dikemaskini seperti yang pemohon inginkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang, sila semak Terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di:

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    pidn jpa

    PIDN JPA 2022 : PERMOHONAN ATAU TARIKH SEMAKAN DAN KEPUTUSAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

    pengurangan pinjaman mara

    PENGURANGAN PINJAMAN MARA : CARA PERMOHONAN DISKAUN BAYARAN BALIK