in ,

BANTUAN KANAK KANAK DAFTAR DAN PERMOHONAN BKK JKM RM 1000

BANTUAN KANAK KANAK DAFTAR DAN PERMOHONAN BKK JKM RM 1000

Bagi kanak-kanak yang layak, mereka boleh memohon bantuan kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kanak-kanak yang layak akan menerima antara RM150 (minimum) hingga RM1000 (maksimum) sebulan berdasarkan beberapa kriteria.

Peningkatan kepada amaun RM1,000 ini diperkenalkan melalui pembentangan Bajet Belanjawan di Dewan Rakyat, sejajar dengan peningkatan kos sara hidup semasa.

Lihat juga: https://semakanmalaysia.com/permohonan-bkm

Bantuan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF BKK

Program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), diperkenalkan bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat.

Tambahan pula, BKK JKM juga bertujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

SYARAT KELAYAKAN BKK JKM

  1. Hanya untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Keluarga atau penjaga yang memberi penjagaan kepada kanak-kanak tersebut mempunyai pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Berumur bawah 18 tahun.
  4. Jika berumur 18 tahun ke atas – boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga ke peringkat menengah atas.
  5. Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA DAFTAR / PERMOHONAN BANTUAN KANAK KANAK

Pihak JKM telah menggariskan cara permohonan bkk boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu:

  1. Permohonan secara dalam talian (online).
  2. Permohonan secara manual di pejabat JKM.

DAFTAR ONLINE BANTUAN KANAK KANAK

Untuk permohonan secara dalam talian, pemohon boleh layari pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Segala maklumat yang diperlukan perlu dilengkapkan oleh pemohon bagi membolehkan permohonan (BKK) ini diproses.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KANAK KANAK

Permohonan secara manual boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Pemohon perlu memuat turun borang di bawah serta lengkapkan butiran yang diminta dan bawa bersama ke pejabat JKM:

  1. Borang Permohonan Bantuan JKM 18
  2. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20

Bagi memudahkan urusan, pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

check bkm

CHECK BKM : PERMOHONAN DI TERIMA ATAU TIDAK DAN DAFTAR BARU MELALUI LOGIN MYBKM 2022 ONLINE