EKASIH LOGIN 2022: SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN
Sistem eKasih merupakan sebuah sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
eKasih merupakan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin tegar.
BACA JUGA: BKM SEMAKAN : PERMOHONAN ONLINE 2022
ISI KANDUNGAN
APAKAH eKASIH?
eKasih secara khususnya berfungsi sebagai Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat berkenaan kemiskinan dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih, pengguna dapat:
- Membuat semakan status kemiskinan secara atas talian
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara atas talian
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
JENIS BANTUAN KEPADA PENERIMA eKASIH
Penerima eKasih layak mendapat bantuan-bantuan seperti berikut:
1. Program MyKasih
Penerima eKasih akan mendapat bantuan sebanya RM100 dalam tempoh 3 bulan di bawah program MyKasih.
Semakan status bagi Program MyKasih dapat dilakukan melalui pautan tersebut:
https://www.mykasih.com.my/site/
2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai langsung yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2022.
3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)
Surirumah yang telah berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.
Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.
4. Bantuan JKM
Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
- Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
SYARAT KELAYAKAN eKASIH LOGIN
Individu yang berkelayakan untuk bantuan eKasih ini hendaklah berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
eKASIH LOGIN
Login eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/login.aspx.
CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN eKASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- Telefon
- Surat
- E-mel rasmi
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN EKASIH LOGIN
Bagi tujuan permohonan eKasih 2022, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:
- Butiran KIR dan AIR
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
SEMAKAN STATUS eKASIH 2022
Semakan status eKasih boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai berikut atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
Pertanyaan melalui e-mel juga boleh dihantar kepada [email protected]
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:BANTUAN ORANG TUA (BOT) 2022 : CARA PERMOHONAN ONLINE ATAU SEMAKAN DAN SYARAT RM500 SEBULAN UNTUK WARGA EMAS - SEMAKAN MALAYSIA