in ,

BANTUAN ORANG TUA (BOT) 2022 : CARA PERMOHONAN ONLINE ATAU SEMAKAN DAN SYARAT RM500 SEBULAN UNTUK WARGA EMAS

bantuan orang tua

BANTUAN ORANG TUA (BOT) 2022 : CARA PERMOHONAN ONLINE ATAU SEMAKAN DAN SYARAT RM500 SEBULAN UNTUK WARGA EMAS

Orang tua atau warga emas kini layak untuk mendapat bantuan sebanyak RM500 sebulan yang dikenali sebagai Bantuan Orang Tua (BOT).

Bantuan bulanan ini bertujuan dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan mereka. Bagaimana cara untuk membuat permohonan BOT? Berikut merupakan cara-cara yang akan dikongsikan sebagai panduan untuk permohonan.

BACA JUGA: EKASIH LOGIN 2022: SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN

ISI KANDUNGAN

JUMLAH BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan.

SYARAT BANTUAN WARGA EMAS

Sebelum memohon bantuan warga emas, berikut mrupakan kriteria untuk melihat sama ada layak atau tidak:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Pemohon adalah warga emas yang bukan tinggal di:
  5. Institusi kendalian JKM; atau
  6. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:

  • Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
  • Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Berikut adalah cara membuat permohonan BOT:

1. Permohonan secara online:

  • Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

2. Borang permohonan BOT:

  • Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  • Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
Bagaimana cara memohon Bantuan Orang Tua (BOT)?

Rujuk di artikel ini.

Apakah syarat dapat Bantuan BOT?

Lihat syarat di artikel ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Orang Tuan (BOT), anda boleh rujuk:

Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
Hubungi: 03-8000 8000.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *